26 Ogos 2021

Hanis menulis - 1

Assalamualaikum dan selamat pagi. Jam menunjukkan 9:21 minit pagi sekarang. Setelah sekian lama blog ini ditinggalkan, kini saya kembali seperti biasa tanpa penulisan yang rapi atau dirancang. Hari ini saya cuma mahu kongsikan tulisan yang ilhamnya datang pagi tadi. Tulisan ini tiada tajuk. 

Kita sudah di akhir zaman,
Umat duduk di laman-laman,
Rasa berpedoman.

Laluan kanan dianggap keji,
Laluan kiri dipandang murni,
Silih berganti.

Lidah kini diganti jari,
Hasad dengki dan iri hati,
Hati mati.

Miskin sudah ditimpa hina,
Kaya raya disambut ria,
Rasa bahagia.

Waktu susah mencari arah,
Usaha tawakal kepada Allah,
Semoga mudah.